GR 2019 10

Program Gotong Royong "Sayangi Kompleks" telah berlangsung pada 19 Ogos 2019 (Isnin) yang melibatkan jabatan-jabatan di bawah Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban.Program ini merupakan salah satu aktiviti yang diatur bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2019. Turut berlangsung Acara Simbolik Penanaman Pokok oleh Pegawai Daerah Seremban, Tuan Mohd Nizam bin Tajul Arus. Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat dan khususnya kepada Pejabat Pertanian Daerah Seremban di atas sumbangan anak pokok.