KJG 20

SEREMBAN: Sebanyak 20 buah kenderaan dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) menyertai Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Seremban 2019 pada 20 Ogos 2019. Konvoi anjuran Pejabat Penerangan Daerah Seremban serta Pejabat Daerah dan Tanah Seremban dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu diadakan bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2019.

KJG 17

 

Peserta konvoi yang diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Seremban, Encik Azlan bin Abdullah itu dilepaskan oleh Ahli Parlimen Rasah,YB Tuan Cha Kee Chin di Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban. Pada majlis itu turut diadakan majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada peserta konvoi. Konvoi berarak melalui enam lokasi iaitu bermula di Pejabat Daerah dan Tanah Seremban pada pukul 9.30 pagi, kemudian SK King George V, Kolej Antarabangsa Unifield, Masjid Kariah Batang Benar, Bazar Central Nilai 3, dan berakhir di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu pada pukul 5 petang.

 

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, EXCO Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan yang turut merangkap sebagai ADUN Labu. Sumber : Facebook Pejabat Penerangan Daerah Seremban