CK72 21 

Pada 14 Februari 2020 bersamaan hari Jumaat, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban telah menganjurkan Ceramah Agama bersempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Negeri Sembilan yang ke - 72 dengan kerjasama Masjid Hussain, Seremban 2. Program tersebut telah dimulakan dengan alunan qasidah oleh Kumpulan Sahah Al-Ja'afari dari Akademi Tahfiz dan Tafaqquh As Saadah Seremban. 

CK72 5

Ceramah agama yang bertajuk "Terkukuhnya Islam Dalam Sebuah Kepimpinan" yang mana menerangkan konsep kepimpinan Islam yang cukup menyeluruh dalam persoalan yang diajukan oleh Ustaz Hazran ( Imam Muda Aran ) dan dikupas dengan baik oleh Al-Fadhil Ustaz Nor Azamir Bin Hj Alias.

Mudah-mudahan muslimin & muslimat yang hadir pada hari tersebut diberikan kefahaman dan kerahmatan daripada Allah S.W.T. Jutaan terima kasih kepada jemaah yang sudi menghadirkan diri.

CK72 1

Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan jua kepada pihak pengurusan Masjid Hussain, Seremban 2 kerana sudi bekerjasama bagi menjayakan program ini.