28 Disember 2021
Lawatan Pegawai Daerah Seremban, Tuan Mohd Nizam bin Tajul Arus, ke D’Jari Hair & Beauty Salon yang mengendalikan Kursus Terapi Spa SKM - Tahap 3 di bawah Program Peningkatan Kapasiti dan Kapabiliti Kumpulan Khusus Daerah Seremban anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Seremban. Seramai 30 orang peserta telah mendaftar kursus ini dan dijangka akan menamatkan latihan dalam tempoh 12 bulan sebelum ditempatkan di industri perkhidmatan spa.
SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA PESERTA!!!


