12 Mei 2022 | Khamis

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022
Daerah Seremban
 
aidilfitri 2022 pdts 1
 
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 Daerah Seremban yang berlangsung diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan bersama isteri, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof .
 
Melalui Majlis ini juga, penyampaian Sijil Penghargaan kepada Unsung Heroes of Covid-19 dan MPKK Sesi 2021/2022 telah berlangsung dan disampaikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.
 
Turut berlangsung penyampaian hadiah bagi Booth Tercantik Jabatan. Tempat pertama telah dimenangi oleh Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat. Tempat kedua dimenangi oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Seremban dan tempat ketiga dimenangi oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Seremban.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada Jabatan / Agensi yang bersama-sama terlibat di dalam penganjuran Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 Daerah Seremban.
 
Jabatan Kerja Raya Daerah Seremban
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban
Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat
Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Seremban
Jabatan Pertanian Daerah Seremban
Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2
Ibupejabat Polis Daerah Seremban
Majlis Bandaraya Seremban