
16 Ogos 2022 | Selasa | 3.00 petang
Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Sempena Kempen Bayaran Cukai Tanah Daerah Seremban Tahun 2022 yang telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Seremban, Tuan Mohd Nizam bin Tajul Arus.

Tahniah kepada semua pemenang cabutan bertuah.




Majlis Penyampaian ini juga telah diserikan lagi dengan persembahan oleh Kumpulan Koir PDT Seremban. Melalui majlis ini juga, Tuan Pegawai Daerah berbesar hati menyampaikan Sijil Penghargaan kepada barisan ahli Kumpulan Koir PDT Seremban yang telah menyertai Pertandingan Koir Antara Jabatan Kerajaan Negeri Sembilan 2022 pada 4 Ogos 2022.
