7 Disember 2022
Perhimpunan Warga Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban dan Majlis Penyampaian Hadiah Karnival Sukan Daerah Seremban Tahun 2022 telah berlangsung pada 7 Disember 2022. Program diadakan di Tapak Perhimpunan Kompleks. Tuan Pegawai Daerah, Mohd Nizam bin Tajul Arus telah memberikan ucapan sempena program perhimpunan yang diadakan serta ucapan Perasmian Penutup Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2022. Melalui program pagi ini juga telah diadakan dua acara iaitu Penyampaian Hadiah Karnival Sukan bagi jabatan yang terlibat serta Senaman Tari bagi semua warga kompleks yang berhimpun.