Sistem e-Kasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Individu / keluarga yang berada pada kadar pendapatan yang rendah (di bawah garis kemiskinan). Berikut adalah maklumat garis kemiskinan :
i. Miskin Bandar RM240(per kapita) / RM940(isi rumah) ke bawah
ii. Miskin Luar Bandar RM200(per kapita) / RM870(isi rumah) ke bawah
iii. Miskin Tegar Bandar RM140(per kapita) / RM580(isi rumah) ke bawah
iv. Miskin Tegar Luar Bandar RM130(per kapita) / RM580(isi rumah) ke bawah
** Bagaimanapun, pemohon yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1500 boleh memohon. Tertakluk kepada keputusan yang dibuat hasil siasatan pegawai pembanci.
Pemohon boleh hadir ke Pejabat Daerah & Tanah Seremban (Seremban 2) atau ke Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sembioan (Wisma Negeri) untuk mengisi borang permohonan yang disediakan di pejabat.
Dokumen yang perlu di bawa hanya salinan kad pengenalan kerana setelah pegawai pembanci menerima borang permohonan, pegawai pembanci akan pergi sendiri ke rumah pemohon bagi membuat siasatan dan akan menilai sama ada pemohon berkenaan benar-benar layak atau sebaliknya.
Boleh. Bayaran cukai tanah boleh dilakukan secara online melalui pautan berikut :
Bil cukai tanah tidak sampai ke rumah kerana alamat yang diberikan kurang lengkap. Bagi sesetengah kes, alamat tidak diberikan dan menyebabkan kesukaran untuk pentadbiran ini menghantar bil tersebut.
Boleh, dengan syarat borang yang berkenaan diisi di Pejabat Tanah.
31 Mei bagi setiap tahun.
Pembayaran cukai tanah boleh dilakukan melalui tunai, cek, bank draft, wang pos, serta melalui laman web yang disediakan.