clients charter in the news eresponse

Kalendar Aktiviti

July 2014
S M T W T F S
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2
gallery icon publication icon download icon

Latar Belakang

Latar Belakang Seremban

1.1 Kawasan

Terletak di Bahagian Utara Negeri Sembilan dan merupakan daerah keempat terbesar dengan keluasan 93.501.88 hektar. Terdapat 8 buah mukim dengan mempunyai 89 buah Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) termasuk 12 JKKK Kampung Baru.

 

 Bandar seremban ini terletak di hulu Sungai Linggi yang merupakan sungai yang terbesar di negeri ini. Sungai ini mengalir di bahagian selatan Bandar Seremban tersebut.

Di dalam sebuah buku yang bertajuk Negeri Sembilan Dan Sejarahnya, terdapat beberapa cerita bagaimana bandar Seremban mendapat nama. Buku tersebut telah dikarang oleh Abdul Samad Idris.

Di antara cerita-cerita yang terdapat dalam buku tersebut ialah:- 

  1. Nama yang diambil dari pokok-pokok yang tumbuh dengan banyaknya di sekitar Hospital Besar Seremban. Pokok-pokok tersebut dipanggil pokok 'Bemban'.
  2. Ada yang menyatakan bahawa Bandar Seremban pada masa dahulu selalu ditenggelami air apabila hujan lebat.keadaan tersebut lalu dipanggil 'Beremban' sehingga bertukar kepada nama Seremban.
  3. Apabila bijih timah ditemui di kawasan Seremban ini menyebabkan penghijrah orang-orang cina bertambah. Daripada mereterdapat satu permainan judi iaitu dipanggil permainan 'Selemban'. Permainan ini semakin lama semakin popular dikalangan mereka. Dan kemudiannya nama permainan ini diubah kepada nama bandar Seremban.

1.2 Strategi

Bagi mencapai objektif, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban (PDTS) mempunyai beberapa cara bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat dicapai melalui strategi berikut:

  1. Mencari sumber-sumber baru kutipan hasil Kerajaan Negeri terutama yang berasaskan tanah dan Pembangunan Tanah.
  2. Memberi perkhidmatan yang memuaskan dan sempurna kepada semua lapisan masyarakat dengan cara memperkemaskan jentera pentadbiran agar lebih cekap dan berkesan.
  3. Memaksimakan penggunaan sumber-sumber ekonomi yang ada dalam usaha mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang lebih luas.
  4. Meningkatkan rangkaian sistem perhubungan yang sempurna dalam usaha memesatkan Pembangunan terutama di pusat-pusat pertumbuhan ekonomi yang baru dan kawasan pelancongan,
  5. Meningkatkan usaha Pembangunan sosio-ekonomi luar bandar ke tahap yang maksimum bagi mewujudkan kehidupan rakyat yang sempurna dan selesa.
  6. Perancangan dan pelaksanaan projek-projek Pembangunan
  7. Sosio-ekonomi berjalan lancar dengan mengambilkira unsur-unsur pengawalan dan pemeliharaan alam sekitar.
  8. Merancang, mengurus dan membelanjakan peruntukan jabatan ke tahap yang minimum dan berkesan.
  9. Melaksanakan Pekeliling-pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam dalam usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti jabatan.

 

 


Undian

Pendapat anda tentang perkhidmatan di PDTS

Kod QR

Sila Imbas Kod QRqrcodepdts

Media Sosial

fb iconFacebook

rss iconRSS Feed

mobile ver iconMobile

youtube iconYouTube

Statistik Pelawat

214318
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
445
452
1288
210908
8805
12300
214318

IP Anda: 54.196.162.238
Waktu Server: 2014-07-23 17:50:20

 

Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban, Persiaran A2, S2 Seremban 2, 700300 Seremban Negeri Sembilan.

Tel: 066032200 Fax: 066032257  Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

my government1malaysiamampuesolat jakimmsc

Ke Atas