raya PDTS 94

Seremban - Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 2 Julai 2019, Selasa. Majlis sambutan ini melibatkan 5 jabatan yang berada di bawah Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban serta Pejabat Daerah dan Tanah Seremban selaku penyelaras. Jamuan telah dihadiri lebih kurang 500 jemputan.

raya PDTS 92

Majlis Sambutan bermula pada 11.00 pagi sehingga 3 petang bertempat di Lobi Bilik Gerakan, Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban. Pelbagai juadah hari raya disediakan dari 5 jabatan yang terlibat serta Pejabat Daerah dan Tanah Seremban sendiri, di antaranya; kambing golek, sate, lemang, rendang, cendol Songkok Tinggi,ais krim, mee bandung, soto ayam, lontong bersama kuah kacang, serawa durian bersama roti, buah-buahan tempatan berserta jus dan nasi hujan panas sebagai menu utama serta dimeriahkan dengan buah durian.

raya PDTS 78

Di samping itu, Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban telah menganjurkan pertandingan gerai tercantik. Pemenang pertama bagi pertandingan Gerai Tercantik telah dimenangi oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Seremban, diikuti tempat kedua Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Seremban dan tempat ketiga Jabatan Pertanian Daerah Seremban. Tahniah diucapkan.