banner web PDTS 2017 resize

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia,

 

Bagi pihak warga Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, izinkan saya mengalu-alukan kehadiran anda ke laman web Jabatan ini. Menerusi laman web ini, anda akan melihat dengan lebih dekat komitmen dan tugas kami sebagai sebuah jabatan barisan hadapan dalam berurusan dengan pelanggan khususnya di daerah Seremban. Sesungguhnya, melalui laman web ini kita berkongsi pelbagai maklumat bagi meningkatkan usaha inovasi ke arah masa depan yang gemilang.

 

Saya amat berharap agar anda dapat memperoleh maklumat yang berkaitan dan berguna dalam laman web ini. Jabatan ini amat komited dalam membekalkan maklumat berkaitan penawaran perkhidmatan kami. Ini selaras dengan perkembangan teknologi ICT yang memerlukan maklumat disebarkan dengan tepat dan cepat. Kemudahan ini harus digunakan dengan optimum untuk penawaran perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan.

 

Justeru itu, selain memuatkan maklumat berkaitan dengan Jabatan, ia juga menyediakan ruang kepada pelanggan untuk mengutarakan cadangan, pandangan dan idea inovasi kepada Jabatan bagi membaiki sistem penyampaian dan penawaran perkhidmatan. Anda dialu-alukan untuk menghubungi kami melalui telefon, e-mel dan menggunakan laman sosial facebook Jabatan ini.

 

Saya yakin laman web Pejabat Daerah dan Tanah Seremban boleh dijadikan wadah komunikasi dua hala yang berkesan bagi membantu kerajaan meningkatkan kesedaran awal dan menyampaikan maklumat yang tepat. Sekiranya anda, mempunyai sebarang pandangan dan cadangan penambahbaikan, sila hubungi pihak kami. Harapan saya agar semua yang melayari laman web ini dapat memanfaatkan kemudahan dan informasi yang disediakan.

Selamat melayari laman web ini.

 

"Memakmurkan Negeri dan Mensejahterakan Rakyat"

Sekian, terima kasih.

 

Wan Mud Shardihan bin W. Dahalan
Timbalan Pentadbir Tanah
b.p: Pegawai Daerah Seremban

 

Pautan Agensi

 

Capaian Pantas

sub menu2 handshake
Statistik online
tatacara
Arkib elektronik
direktorI