banner web PDTS 2017 resize

Piagam Pelanggan Bahagian/Unit

BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAERAH

  • Melaksanakan projek-projek bawah Peruntukan Persekutuan dan Peruntukan Negeri
    (Setelah proses perolehan selesai dilaksanakan)
    Tempoh : 1 - 6 bulan
  • Menguruskan dokumen pembayaran projek yang lengkap
    Tempoh : 14 hari bekerja
  • Pengesahan surat-surat daripada orang awam
    Tempoh : Serta-merta
  • Pendaftaran e-kasih bagi tujuan verifikasi
    Tempoh : 1 hari
  • Pembangunan masyarakat (Pelaksanaan Program Kesejahteraan Rakyat - PPP, PBR, PPMI, PLKK, PKP)
    (Setiap rojek yang diluluskan peruntukan diterima daripada agensi KKLW atau lain-lain agensi)
    Tempoh : 1 - 8 bulan

PEMBANGUNAN DAN PELUPUSAN TANAH

PEMBANGUNAN TANAH

Memproses semua permohonan yang lengkap mengikut aktiviti dengan tempoh di bawah sehingga fail dihantar ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS)

  • Permohonan serahbalik dari berimilik semula tanah di bawah seksyen  204A atau di bawah seksyen 197 dan 76 juga permohonan serentak pecah sempadan dan tukar syarat tanah di bawah seksyen 124A Kanun Tanah Negara 1965
    Tempoh : 6 bulan
  • Permohonan pecah sempadan di bawah sekyen 137 dan permohonpecah bahagian tanah di bawah seksyen 142 Kanun Tanah Negara 1965
    Tempoh : 6 bulan
  • Permohonan penyatuan tanah di bawah seksyen 148 Kanun Tanah Negara 1965
    Tempoh : 6 bulan
  • Permohonan tukar syarat tanah di bawah seksyen 124 Kanun Tanah Negara 1965
    Tempoh : 6 bulan
  • Permohonan pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960
    Tempoh : 6 bulan

PELUPUSAN TANAH

  • Permohonan pemberimilikan tanah kerajaan di bawah seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965
    Tempoh : 9 bulan
  • Permohonan lesen pendudukan sementara di bawah seksyen 65 Kanun Tanah Negara 1965 & permohonan pajakan tanah rizab di bawah seksyen 63 Kanun Tanah Negara 1965
    Tempoh : 9 bulan
  • Permohonan permit bahan batuan di bawah  seksyen 69 & 70 Kanun Tanah Negara 1965
    Tempoh : 3 bulan
  • Permohonan perizaban tanah kerajjan di bawah seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965
    Tempoh : 9 bulan

UNIT HASIL

  • Memastikan bil cukai tanah dapat dicetak dalam masa tidak melebihi tiga (3) minit bagi setiap satu hakmilik sekiranya tiada sebarang masalah pada hakmilik tersebut

  • Memastikan terimaan dapat dibuat dan diresitkan dalam masa tidak melebihi lima (5) minit bagi setiap satu hakmilik sekiranya tiada sebarang masalah pada hakmilik tersebut

  • Mengembalikan resit-resit cukai tanah yang diterima melalui penghataran pos dan berdaftar dalam masa tujuh (7) hari bagi hakmilik dalam masa tujuh (7) hari bagi hakmilik yang tiada sebarang masalah

UNIT PENDAFTARAN

  • Masa Menunggu Bagi Mendapatkan Perkhidmatan Di Kaunter 15 Minit

    Pelanggan dipohon membuat sebarang pertanyaan di Bilik Rundingcara 1 dan 2 bagi menjimatkan masa di kaunter

  • Mendaftar Urusan Perserahan tidak melebihi 1 Hari (24 jam) Bagi Kesemua Urusan

    Mendaftarkan perserahan yang lengkap

  • Keputusan Kebenaran Gadaian

    Mengetahui keputusan permohonan Gadaian 21 hari bekerja selepas permohonan dibuat

  • Keputusan Kebenaran Pindahmilik

    Mengetahui keputusan permohonan Pindahmilik 21 hari bekerja hari selepas permohonan dibuat

    Mengetahui status permohonan Pindahmilik sekatan kepentingan bersyarat 21 hari bekerja selepas permohonan dibuat

    Jenis-jenis Pindahmilik sekatan kepentingan bersyarat

    1. Hakmilik Individu kepada Syarikat
    2. Hakmilik Syarikat kepada Individu
    3. Hakmilik Tanah Rizab Melayu
    4. Hakmilik Tanah lot Bumiputra
    5. Pindahmilik atas Perintah Pusaka atau Perintah Mahkamah

UNIT TEKNIKAL DAN PENGUATKUASAAN

  • Semua laporan permohonan pelupusan tanah hendaklah disiapkan di dalam tempoh 2 minggu dari tarikh ianya diterima untuk laporan
  • Semua laporan mengenai pembangunan tanah seperti pecah sempadan, tukar syarat tanah, pengambilan tanah dan lain-lain hendaklah disiapkan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh ianya diterima
  • Semua urusan demarcation (penandaan) serialih, surih penempatan dan permintaan ukur hendaklah disiapkan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh ianya diterima
  • Menyediakan khidmat runding cara berkaitan tanah kepada pelanggan yang datang (walk –in)
  • Menerima aduan melalui panggilan telefon atau surat

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

  • Memastikan semua kutipan hasil dari sewaan dikutip dibayar oleh penyewa pada minggu pertama setiap bulan (mengikut dokumen perjanjian)
  • Memastikan urusan penyediaan baucar bayaran bagi bil-bil pesanan tempatan disiapkan dalam tempoh seminggu dari tarikh bil lengkap diterima
  • Memastikan setiap keputusan Lembaga Pelesenan Eksais diumumkan secara bertulis kepada Pengusaha Bir dalam tempoh seminggu untuk dibuat bayaran (Mesyuarat Lembaga Perlesenan Eksais 4 kali setahun)
  • Memastikan permohonan salinan sijil kerakyatan dikeluarkan dalam tempoh 30 minit bagi setiap permohonan lengkap diterima mengikut peraturan
  • Memastikan Pendeposit menerima bayaran balik wang deposit dalam tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima

Pautan Agensi

 

Capaian Pantas

sub menu2 handshake
Statistik online
tatacara
Arkib elektronik
direktorI