19 April 2017, bermula jam 9.30 pagi telah diadakan program gotong-royong Jom Bantu Rakyat bertempat di Kampung Sungai Machang Hilir. Sebanyak 3 buah rumah terlibat dalam program ini yang turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), SWCorp, SWM, Pejabat Agama Islam Seremban dan Pejabat Pembangunan Negeri.

Selain itu, penyertaan masyarakat kampung amat menggalakkan. Penduduk kampung lain yang berhampiran turut sama melibatkan diri. Pentadbiran ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada komitmen JKKK Sungai Machang Hilir dan Sekretariat JKKK Lenggeng yang turut menjayakan program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada YB Datuk Ishak Ismail, ADUN Lenggeng kerana turut hadir bersama. Kerjasama seumpama ini amat baik dan wajar dilakukan di masa akan datang.

Berita Terkini

November 2020
A I S R K J S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Kata Kunci Popular

Undian

Pendapat Anda : Perkhidmatan kaunter di Pejabat Daerah dan Tanah Seremban?