25 November 2020 (Rabu)

LAWATAN PEGAWAI DAERAH SEREMBAN DAN AGENSI KERAJAAN KE KAWASAN HOT SPOT @ HIGH RISK BANJIR DI SEREMBAN

HS Banjir 8

Pegawai Daerah Seremban, Tuan Mohd Nizam Bin Tajul Arus (Pengerusi Bencana Daerah Seremban) telah mengetuai deligasi melihat kawasan hot spot banjir di Kg. Blok C, Ampangan, Taman Happy dan Kg. Chedang.

HS Banjir 2

Lawatan tersebut bertujuan menilai dan membincangkan mitigasi banjir di Daerah Seremban dengan merangka langkah-langkah pencegahan yang akan diperkemaskan sebelum berlakunya banjir dan semasa berlakunya banjir serta pasca banjir. Agensi-agensi berkaitan akan mengambil tindakan mengikut keutamaan bagi memastikan kejadian banjir tidak berulang dan pemakluman kpd penduduk dibuat pd kadar serta merta bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

HS Banjir 7

Terima kasih kepada Majlis Bandaraya Seremban, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kerja Raya Daerah Seremban, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Seremban, Jabatan Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban dan MPKK kerana turut hadir dalam lawatan tersebut dan sama-sama berbincang untuk mengurangkan kejadian bencana banjir kilat berlaku lagi.

HS Banjir 12