26 November 2020 (Khamis)
11.00 Pagi
LAWATAN KERJA PEGAWAI DAERAH SEREMBAN KE PUSAT KUARANTIN (QS) DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI, BANDAR BARU ENSTEK, NILAI
Lawatan Kerja Pegawai Daerah Seremban, Tuan Mohd Nizam Bin Tajul Arus ke Pusat Kuarantin (QS) di Institut Aminuddin Baki (IAB),Bandar Baru Enstek, Nilai dan penyampaian PPE serta sumbangan makanan juga minuman kepada petugas-petugas di Pusat Kuarantin Institut Aminuddin Baki (IAB).
Kehadiran beliau telah disambut oleh Dato' Dr. Hj. Tajuddin B. Mohd Yunus, Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB), En. Mohd Bustaman B. Abd. Aziz, Pendaftar Institut Aminuddin Baki (IAB), LT. Mohamad Ghazali Bin Abd Rahim, Komander QS Institut Aminuddin Baki dan petugas-petugas juga kakitangan di pusat kuarantin.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas Frontliner yang telah bertungkus lumus untuk memerangi penularan wabak pandemik COVID-19 di Daerah Seremban.