p1

Penyampaian bantuan lampin bayi pakai buang oleh Pegawai Daerah Seremban, Tuan Mohd Nizam Bin Tajul Arus kepada Puan Noorhidawatie binti Khairani

9 Disember 2020 – Program Mobile Team dan sesi penyampaian bantuan kebajikan kepada Puan Noorhidawatie binti Khairani, isteri kepada arwah Encik Nik Saffian Afzani Bin Omar yang telah kembali ke rahmatullah pada 28/11/2020 (Sabtu). Program ini adalah anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Seremban dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Paroi dan KRT Taman Alamanda. Ia melibatkan pelbagai agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Seremban, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

p2


Semoga dengan sumbangan kebajikan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan ujian yang sedang dilalui oleh Puan Noorhidawatie sekeluarga serta dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Terima kasih diucapkan buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Mobile Team ini.

p3

p4