Tarikh :19 Mac 2021 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
 
Lawatan Sosial (Mobile Team) dan penyampaian bantuan sumbangan EKUINAS
 
EKUINAS 19Mac 1
 
Pegawai Daerah Seremban, Tuan Mohd Nizam Bin Tajul Arus bersama Penghulu Mukim Rantau , Wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Wakil dari Baitulmal Daerah Seremban dan Ketua Kampung MPKK Kg. Sendayan bersama SU Kg. Sendayan telah mengadakan Lawatan Sosial (Mobile Team) dan menyampaikan bantuan makanan asas dan lampin pakai buang sumbangan dari EKUINAS.
 
EKUINAS 19Mac 5
 
Lawatan Sosial (Mobile Team) pada hari tersebut telah melawat 2 keluarga dimana sebuah keluarga terdiri daripada seorang OKU, pesakit terlantar dan seorang lagi adalah ibu tunggal tidak bekerja dan mempunyai 4 orang anak.
 
EKUINAS 19Mac 3
 
Hasil lawatan tersebut, Pejabat Daerah Seremban melalui Bahagian Pembangunan Daerah akan terus mengambil tindakan dan memantau segala keperluan yang diperlukan dengan bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga pihak Baitulmal. Semoga dengan bantuan tersebut dapat meringankan beban dan mengatasi masalah yang dihadapi.