26 Mac 2021

TURUN PADANG

Lawatan26Mac2021 2
 
Lawatan Pegawai Daerah Seremban melawat sebuah keluarga yang memerlukan bantuan di Kg. Pasir, Rantau, Negeri Sembilan.

Lawatan tersebut mendapati pemohon adalah seorang ibu tunggal, warga emas yang tinggal bersama anak lelaki dan seorang cucu angkat.
Pendapatan isi rumah hanya bergantung kepada anak lelaki yg bekerja sambilan membaiki penghawa dingin setelah diberhentikan kerja akibat pandemik Covid19 semasa PKP. Tinggal bersama seorang cucu angkat yang menghidap ketumbuhan pada otak dan perlu menjalani pembedahan.

Lawatan26Mac2021 4
 
Hasil lawatan tersebut, Pegawai Daerah Seremban akan cuba membantu membaikpulih rumah tersebut dan mendapatkan pekerjaan tetap kepada anak lelaki pemohon. Permohonan daripada JKM juga akan diproses segera bagi menampung perbelanjaan harian dan perubatan.

Lawatan26Mac2021 7
 
Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut adalah Penghulu Mukim Rantau, Penyelaras Dun Rantau Cikgu Hussin, Ketua Kg. dan Wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban.
 
Lawatan26Mac2021 8