19 April 2021 (Isnin)

10.00 pagi

EKUINAS 19April2021 1

 

Lawatan Sosial (Mobile Team) dan Penyampaian Bantuan Sumbangan EKUINAS

Pegawai Daerah Seremban, Tuan Mohd Nizam Bin Tajul Arus bersama ADUN Rahang, YB Mary Josephine, Penghulu Faihas, Ketua Wilayah Tengah MAINS, Che Som Omar dan wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengadakan Lawatan Sosial (Mobile Team) bagi menyampaikan bantuan makanan asas, sumbangan dari EKUINAS.

 

EKUINAS 19April2021 3

Lawatan Sosial (Mobile Team) pada hari tersebut, telah melawat satu keluarga mangsa ribut di Kg Chedang yang mana bencana tersebut telah menerbangkan beberapa bahagian bumbung rumah mangsa. Penghuni, Puan Zubaidah Jamaludin merupakan seorang ibu tunggal yang berusia 52 tahun. Beliau turut menjaga ayahnya yang berusia 89 tahun dan sedang menderita penyakit kencing manis dan astma.

 

EKUINAS 19April2021 4

Hasil lawatan tersebut, Pejabat Daerah Seremban melalui Bahagian Pembangunan Daerah dan agensi yang hadir telah menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai, barangan makanan dan perubatan serta memantau segala keperluan yang diperlukan dengan bantuan daripada pihak JKM dan juga pihak MAINS.

 

EKUINAS 19April2021 6

Semoga dengan bantuan tersebut dapat meringankan beban dan mengatasi masalah yang dihadapi.