CITF Negeri 30Jun2021 2
 
Lawatan pihak CITF Negeri yang diketuai oleh YBhg. Dato' Masri bin Razali, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan diiringi Encik Zairil Azwan bin Zulmuji ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Belia dan Sukan Paroi pada 30 Jun 2021 untuk melihat persiapan PPV KOMBES. Kapasiti program vaksinasi penduduk Daerah Seremban akan dipertingkat apabila PPV KOMBES memulakan operasi pada 5 Julai 2021.
 
CITF Negeri 30Jun2021 1
 
Hadir sama dalam sesi lawatan dan perbincangan tersebut adalah Encik Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Pn. Nur Airina binti Mazlan, Ketua Penolong Pegawai Daerah Seremban dan Dr. Sharina binti Mohd Shah, Pegawai Perubatan yang akan mengetuai PPV KOMBES.
Komitmen pihak CITF Negeri dalam menyokong gerak kerja CITF Daerah dalam memastikan persiapan pembukaan PPV Daerah Seremban berjalan lancar dan lengkap demi kemudahan dan keselesaan penduduk Seremban adalah amat dihargai.
 
CITF Negeri 30Jun2021 3
 
Semoga program imunisasi penduduk Daerah Seremban berjaya mencapai sasaran herd immunity demi kesejahteraan semua.