Lawatan YB Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Seremban ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Orang Ramai Sikamat pada 1 Julai 2021.
 
WhatsApp Image 2021 07 02 at 18.28.43 1
 
Melalui lawatan tersebut, YB turut menyantuni warga emas dan penduduk Seremban yang hadir menerima vaksin di pusat tersebut. Selain daripada itu, YB juga membuat serahan sumbangan peralatan untuk kegunaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
 
WhatsApp Image 2021 07 02 at 18.28.43
 
Lawatan YB Loke telah diiringi oleh Pn. Nur Airina binti Mazlan, Ketua Penolong Pegawai Daerah Seremban, dan diberi penerangan ringkas tentang operasi serta perancangan untuk meningkatkan kapasiti PPV oleh Dr. Nurudin Al-Fahmi bin Abdul Galib dan Dr. Safia binti Othman yang bertanggungjawab ke atas kelancaran operasi PPV Dewan Orang Ramai Sikamat.
 
WhatsApp Image 2021 07 02 at 18.29.23
 
Terima kasih di atas keprihatinan YB Loke. Semoga program imunisasi penduduk Daerah Seremban berjaya mencapai sasaran herd immunity demi kesejahteraan semua.