Lawatan YB Dato' Dr. Mohamad Rafie bin Ab. Malek, ADUN Ampangan merangkap EXCO Kerajaan Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan Dan Modal Insan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Belia dan Sukan Paroi pada 1 Julai 2021 untuk melihat persiapan PPV KOMBES yang akan memulakan operasi pada 5 Julai 2021.
 
WhatsApp Image 2021 07 02 at 18.52.57 1
 
Hadir sama dan memberi penerangan adalah Tuan Mohd Nizam bin Tajul Arus, Pegawai Daerah Seremban dan Dr. Noor Khalili bin Mohd Ali, Pegawai Kesihatan Daerah Seremban. 
 
WhatsApp Image 2021 07 02 at 18.52.57 3
 
YB Dato' Dr. Mohamad Rafie turut menyerahkan sumbangan peralatan utk kegunaan PPV, selain menyumbang 20,000 botol air mineral untuk petugas dan orang ramai yang hadir menerima vaksin kelak.
 
WhatsApp Image 2021 07 02 at 18.52.57
 
Terima kasih di atas keprihatinan YB Mohamad Rafie. Semoga program imunisasi penduduk Daerah Seremban berjaya mencapai sasaran herd immunity demi kesejahteraan semua.
 
WhatsApp Image 2021 07 02 at 19.03.35