Lawatan YB Nicole Tan Lee Koon, ADUN Bukit Kepayang merangkap EXCO Kerajaan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga Dan Kebajikan telah hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan MBS pada 2 Julai 2021.
 
PPV ADUNKepayang 1
 
Beliau turut meluangkan masa menyantuni warga emas dan penduduk Seremban yang hadir menerima vaksin pada hari tersebut. Di samping itu juga, YB turut membuat serahan sumbangan peralatan untuk kegunaan Pusat Pemberian Vaksin dan sumbangan pack food bagi petugas barisan hadapan.
 
PPV ADUNKepayang 2
 
Lawatan YB Nicole telah diiringi oleh Dr Noor Khalili bin Mohd Ali, Pegawai Kesihatan Daerah Seremban, Pn. Nur Airina binti Mazlan, Ketua Penolong Pegawai Daerah Seremban dan Dr. Mohd Shafiq bin Abdul Rashid dan Dr. Mazlinda binti Abd Rahman yang bertanggungjawab ke atas kelancaran operasi PPV MBS.
 
PPV ADUNKepayang 4
 
Terima kasih di atas keprihatinan YB Nicole. Semoga program imunisasi penduduk Daerah Seremban berjaya mencapai sasaran herd immunity demi kesejahteraan semua.
 
PPV ADUNKepayang 5