RPWP 5

12 November 2020 - Setinggi - tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) di atas sumbangan yang diberikan.

Kesemua bantuan sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Encik Mohd Afiq Bin Dato' Manaf, Pengarah Perhubungan Awam Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) dan diterima oleh Pegawai Daerah Seremban, Tuan Mohd Nizam Bin Tajul Arus yang diadakan di Lobi Kompleks Pentadbiran Daerah jam 3.00 petang.Turut hadir sama Puan Nur Airina Binti Mazlan, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan).

Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) sedang dalam melaksanakan Program 'Projek Pelangi PPE' - bantuan PPE kepada Frontliner. Antara sumbangan yang diserahkan adalah Set Personal Protective Equipment (PPE), Hand Sanitizer dan Face Shield yang sememangnya amat diperlukan oleh frontliner yang sedang bertungkus lumus untuk membendung penularan wabak Covid-19.

RPWP 2

RPWP 3

RPWP 4

RPWP 6

RPWP 7