1. Berapakah DUN yang terdapat di bawah Daerah Seremban ?
- Terdapat 13 DUN yang terletak di Daerah Seremban
2. Berapakah jumlah mukim di daerah Seremban?
- Di daerah Seremban terdapat 8 mukim iaitu Mukim Seremban, Mukim Rasah, Mukim Rantau, Mukim Labu, Mukim Setul, Mukim Lenggeng dan Mukim Pantai.
3. Bolehkah saya membayar cukai tanah secara atas talian (online)?
- Boleh. Bayaran cukai tanah boleh dilakukan secara online melalui pautan berikut : https://e.ptgns.ns.gov.my/
4. Mengapakah bil cukai tanah tidak sampai ke rumah ?
- Bil cukai tanah tidak sampai ke rumah kerana alamat yang diberikan kurang lengkap. Bagi sesetengah kes, alamat tidak diberikan dan menyebabkan kesukaran untuk pentadbiran ini menghantar bil tersebut.
5. Bolehkah bayaran cukai tanah dilakukan secara ansuran?
- Boleh, dengan syarat borang yang berkenaan diisi di Pejabat Tanah.
6. Bilakah tarikh akhir bagi bayaran cukai tanah?
- 31 Mei bagi setiap tahun.
7. Apakah kaedah pembayaran cukai tanah yang disediakan?
- Pembayaran cukai tanah boleh dilakukan melalui :
- Tunai
- Draf Bank
- Cek (Bayaran lebih daripada RM250)
- Kad Debit / Kad Kredit
- Atas Talian (FPX)
8. Bagaimana hendak menyemak status pemilikan sesuatu tanah?
- Status pemilikan sesuatu tanah boleh dilakukan di Unit Pendaftaran, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.
9. Apakah prosedur ukur semula tanah milik?
- Pemohon harus melantik jurukur berlesen sendiri. Jika ingin mengunakan khidmat JUPEM.Negeri Sembilan, pemilik perlu membuat permohonan rasmi kepada Pentadbir Tanah Seremban.
10. Apakah prosedur aduan pencerobohan tanah milik?
- Aduan boleh dilakukan melalui telefon, surat atau pemilik boleh hadir sendiri ke Unit Teknikal, Pejabat Tanah Seremban. Nombor talian Pejabat Tanah Seremban ialah 06-6032200 dan alamat pentadbiran ini ialah Pejabat Daerah & Tanah Seremban, Persiaran S2 A2 Seremban 2, 70300 Seremban.
11. Bagaimanakah kaedah pembelian pelan?
- Pelan boleh dibeli di kaunter JUPEM.Negeri Sembilan atau di kaunter pelan di Unit Teknikal, Pejabat Tanah Seremban.
12. Bagaimanakah cara untuk menentukan lokasi tanah?
- Pemilik tanah perlu melantik Jurukur Berlesen bagi menunjukkan lokasi sesebuah lot tanah.
13. Berapa lamakah tempoh kelulusan kebenaran pindahmilik/mencagar?
- Proses kelulusan bagi permohonan yang lengkap adalah dalam lingkungan 4 hari dan selewat-lewatnya 14 hari.
14. Apakah tujuan Kaveat dilakukan ke atas tanah?
- Kaveat dilakukan bertujuan untuk mengelakkan proses urusniaga ke atas tanah.
Berapa lamakah tempoh permohonan tanah siap?
- Rezab dan pemilikan tanah = 1 tahun
- Kelulusan bagi tukar syarat = 3 bulan
- Kelulusan untuk siap Hak milik = 1 1/2 tahun
16. Berapa lamakah tempoh pemprosesan bagi geran yang hilang dan jumlah bayaran yang dikenakan?
- Tempohnya 6 bulan dan kadar bayaran RM150 dikenakan terhadap pemohon.
17. Bagaimanakah aduan awam boleh disalurkan?
- Terus ke unit pengaduan awam Negeri Sembilan atau menghantar e-mel (pentadbiranseremban@ns.gov.my)atau surat aduan ke Pejabat Daerah dan Tanah Seremban atau isi borang maklum balas di setiap kaunter yang disediakan.
18. Berapa lamakah aduan dapat diselesaikan?
- Jawapan akan disediakan dalam tempoh 3 hari berkerja. Tempoh bagi setiap aduan selesai bergantung kepada isu yang dikemukakan kerana terdapat beberapa aduan yang bersifat teknikal dan perlu diselesaikan mengikut peraturan atau undang-undang yang berkuatkuasa.