Lawatan Kerja Pegawai Daerah Seremban, Tuan Mohd Nizam Bin Tajul Arus ke Pusat Kuarantin (QS) di Royale Chulan, Seremban. Kehadiran beliau telah disambut oleh GM Royale Chulan Seremban Mr.Andrew Lim, LO APM LT. Mohd Najib bin Abdul Karim,LO KKM Encik Ahmad Haikal bin Idris, LO PDRM Encik Nahar bin Yamen, LO JKM Puan Zarinah bt Paiman, LO RELA PGR Razali bin Hassan, LO Pejabat Daerah dan Tanah Seremban Encik Tajudin Bin Abu Bakar dan petugas-petugas barisan hadapan (frontliner) di Royale Chulan, Seremban.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan (frontliner) yang telah bertungkus lumus untuk memerangi penularan wabak pandemik COVID-19 di Daerah Seremban.