web banner jawi black

Majlis Perjumpaan dan Menandatangani Surat Aku Janji bagi Projek Menaik Taraf Anak Sungai Kg Daching

  1. Home
  2. »
  3. Aktiviti PDTS
  4. »
  5. Majlis Perjumpaan dan Menandatangani Surat Aku Janji bagi Projek Menaik Taraf Anak Sungai Kg Daching

11 Januari 2024 (Khamis)

kgDaching 12
kgDaching 12

Majlis perjumpaan dan menandatangani surat aku janji bagi Projek Menaik Taraf Anak Sungai Kg Daching.

Majlis telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Seremban, Tuan Mohamad Najib bin Mustafa. Turut hadir sama, Ketua Penolong Pegawai Daerah Seremban, Puan Nurul Huda binti Musa, Penolong Pegawai Daerah Seremban, Puan Mashitah binti Shaharudin, Pengarah Urusan Tuah Hartamas Development, En. Ahmad Faez bin Abdul Razak, wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Seremban, En. Helmi dan En. Zaki, wakil Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan (BKSA), En. Azmir, OCS Balai Polis Lenggeng, Sarjan Gopor, Ketua Kg Daching merangkap Pegawai Khas kepada YB Datuk Hj Mohd Asna, En. Adnan, wakil-wakil pemilik tanah yang terlibat, penghulu-penghulu dan penolong jurutera dari Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.

Turut diadakan adalah sesi soal jawab di antara wakil-wakil pemilik tanah bersama dengan agensi-agensi yang terlibat.

Di dalam majlis tersebut, semua wakil-wakil pemilik tanah berpuashati dengan penerangan yang disampaikan seterusnya memeterai surat aku janji untuk memberi kebenaran kepada pemaju untuk Menaiktaraf Anak Sungai Kg Daching, sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut.

Skip to content