17 Januari 2024 | 8.30 Pagi | Masjid Hussain, Seremban 2
Program Solat dan Kuliah Dhuha
Sempena Sambutan Hari Keputeraan ke 76 DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN, Pentadbiran ini telah menganjurkan Program Solat dan Kuliah Dhuha dengan tajuk Tahun Baru, Muhasabah Untuk Berubah. Majlis telah dimulakan dengan solat dhuha berjemaah kemudian diikuti dengan kuliah. Ustaz Tengku Nor Iftah bin Tengku Jamil dari JHEAINS telah bertindak sebagai moderator dan Prof. Madya Dato` Dr. Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Penceramah Jemputan. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program pada pagi ini.